JANA PENDAPATAN DENGAN IKLAN E-PORTAL

JANA PENDAPATAN DENGAN IKLAN E-PORTAL
Saya akan tunjuk jalan keluar dari kemelut kewangan,mari kita sama-sama menjana ekonomi Islam dan Ummah


Rabu, 21 Julai 2010

Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia.

Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.

Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285km persegi yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Ianya dihubungkan oleh Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5km dan juga perkhidmatan feri.

map_penang

Sejarah Lambang Kerajaan Pulau Pinang

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula melambangkan empat bangsa di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Lima jalur biru dan putih yang berombak memberi makna lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
crest_penang

Related Posts with Thumbnails