JANA PENDAPATAN DENGAN IKLAN E-PORTAL

JANA PENDAPATAN DENGAN IKLAN E-PORTAL
Saya akan tunjuk jalan keluar dari kemelut kewangan,mari kita sama-sama menjana ekonomi Islam dan Ummah


Selasa, 13 Julai 2010

GAMBAR CORETAN MAJLIS PENGHARGAAN WARGA EMAS DI SUNGAI SEMILANG


































Baik JKKK, Baiklah Kerajaan Negeri, Buruk JKKK, Buruklah Kerajaan Negeri yang memerintah negeri ini

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JKKK) NEGERI PULAU PINANG (BAGI KAWASAN PULAU) PADA 11 JULAI, 2010 (AHAD)

JAM 10.00 PAGI, DI AUDITORIUM A, KOMTAR

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri majlis Kerajaan Negeri pada hari ini. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada tambahan 75 pengerusi-pengerusi JKKK bagi Daerah Timur Laut dan Barat Daya untuk tempoh 6 bulan iaitu mulai 1 Julai 2010 hingga 31 Disember 2010 yang mana telah dipilih dan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

2. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri PR yang berjiwa rakyat 3P untuk memastikan kesejahteraan hidup setiap rakyat terutama masyarakat desa dapat dipelihara dan dipertingkatkan iaitu

• Perkasakan Rakyat dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran;

• Perkuasakan Rakyat dengan hak dan kebebasan peluang dan

• Perkayakan Rakyat agar hasil ekonomi dapat dinikmati oleh semua.

3. JKKK merupakan sebuah institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi iaitu di peringkat kampung atau komuniti. Bagi menjayakan prinsip 3P ini, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan ekonomi di kawasan bandar, luar bandar dan desa diurus dengan sebaik mungkin dengan bantuan yang padu daripada JKKK. Dengan itu, ia diharapkan dapat membantu Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang dinamik dan bersih bukan sahaja di peringkat tempatan malahan antarabangsa.

4. Secara keseluruhannya, terdapat 149 orang pengerusi JKKK yang telah dilantik bagi penggal 2009/2010 bagi kelima-lima daerah di negeri ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah meluluskan tambahan 142 kawasan JKKK pada tahun 2010 menjadikan keseluruhan JKKK Negeri Pulau Pinang berjumlah sebanyak 291 kawasan. Bilangan tambahan pengerusi JKKK bagi daerah Timur Laut adalah 57 orang; Barat Daya 18 orang; Seberang Perai Utara 19 orang; Seberang Perai Tengah 33 orang dan Seberang Perai Selatan 15 orang.

5. Pemilihan kawasan dan tambahan ini adalah mengikut keperluan penduduk atau sebagai memenuhi permintaan masyarakat setempat dalam menyelesaikan permasalahan dan mendapatkan maklumat-maklumat penting dan terkini secara terus, telus, berkesan, cepat, cekap dan efisyen. Pemilihan kawasan baru ini juga dibincangkan bersama ADUN dan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Selaras dengan pertambahan kawasan JKKK ini, nama JKKK juga telah ditukar kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Komuniti.

6. Salah satu tugas utama adalah untuk menjalinkan hubungan erat dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam suasana sentimen perkauman ekstrimis yang ditiupkan oleh BN di mana di suatu pihak UMNO melabelkan PR anti-Melayu tetapi Gerakan pula melabelkan kita diskriminasi dan anti-bukan Melayu. Lebih baik kita minta suatu perbahasan tentang isu ini bukan di antara BN dan PR tetapi di antara Gerakan dan UMNO!

7. Malah UMNO lebih lincah dan dasyat lagi bila cuba menjadikan semua perkara sebagai isu perkauman yang menindas orang Melayu sungguhpun mereka adalah pencetusnya. Contohnya adalah kes pemindahan penduduk di Kampung Melayu Tanjung Tokong dan Kampung Binjai di Bayan Lepas yang berada di tanah milik swasta dan bukan kerajaan. UMNO cuba jadi penyelamat sungguhpun pemaju yanng terlibat bukan daripada kerajaan negeri ataupun penyokong PR sebaliknya adalah kerajaan pusat dan pemimpin UMNO. Tengoklah hantu pun mereka “malaikat penyelamat” pun mereka.

8.Perlu ditegaskan bahawa PR akan berpegang kepada sifat keMalaysiaan yang berjuang untuk semua bukan satu suku. PR tidak berminat “out-source atau sub-contract” sentimen perkauman rasis seperti UMNO kepada Perkasa ataupun cadangan Timbalan Menteri Kewangan Dato Lim Siang Chai untuk menubuhkan Cina Perkasa. Ini adalah merbahaya kerana cuba mengaburi mata rakyat daripada masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam negara serta terus halang kita daripada menyelesaikan masalah rakyat susah dan miskin berdasarkan prinsip keadilan, keperluan, kebenaran dan kemakrufan.

9. Saya menyeru kepada semua Pengerusi JKKK serta ahli-ahlinya agar sentiasa menjalankan perancangan strategik, menunjukkan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan kawasan masing-masing. ”Baik JKKK, Baiklah Kerajaan Negeri, Buruk JKKK, Buruklah Kerajaan Negeri yang memerintah negeri ini”.

10. Penglibatan JKKK di dalam program anjuran Kerajaan Negeri juga dilihat kurang menyerlah. Dengan ini, saya menyeru agar JKKK dapat mempertingkatkan jalinan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri khususnya Pejabat Daerah. Ini adalah penting bagi memastikan JKKK memahami hasrat Kerajaan Negeri dan akhirnya dapat menyalurkannya kepada masyarakat setempat. Ingatlah, JKKK sentiasa dianggap sebagai mata dan telinga Kerajaan Negeri. Maka, segala aduan dan pemasalahan yang dihadapi rakyat perlulah disampaikan kepada Kerajaan Negeri untuk dibantu dan diselesaikan.

11. Menyedari akan kepentingan JKKK, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa elaun tetap bulanan kepada pengerusi dan setiausaha JKKK, masing-masing adalah RM350 dan RM250 manakala elaun kepada setiap ahli JKKK yang menghadiri mesyuarat bulanan adalah RM15. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM1,000 bagi kos pentadbiran JKKK yang akan diberikan setahun sekali sahaja. Segala sagu hati dan kemudahan ini akan dikawal dan diuruskan oleh Pejabat Daerah.

12. Sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat, usaha-usaha diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai status miskin tegar sifar pada 30 Mac 2009, namun bantuan untuk rakyat yang memerlukannya masih lagi diteruskan tanpa mengira kaum, umur, fahaman politik, agama mahupun lokasi penempatan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin dan Program Peningkatan Ekonomi Penduduk Luar Bandar/ Miskin. Sehingga bulan Mei 2010, program ini dan sejumlah 737 ketua isi rumah telah menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM 8 juta untuk melepaskan diri daripada belenggu miskin tegar.

13. Penghargaan kepada warga emas merupakan salah satu agenda Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang. Usaha ini diterjemahkan di dalam bentuk bayaran saguhati sebanyak RM100.00 kepada setiap warga emas mulai 3 dan 4 April 2010 dan dilanjutkan sehingga 30 April 2010 melibatkan 27 buah cawangan Maybank di seluruh negeri ini. RM1,000 akan diberikan secara “one-off” kepada si keluarga selepas warga emas meninggal dunia. Walaupun insentif ini tidak seberapa namun ianya cukup bermakna bagi Kerajaan Negeri sebagai tanda terima kasih kepada golongan yang telah menabur jasa kepada Pulau Pinang khususnya. Program penghargaan warga emas diperuntukkan RM 20 juta setahun.

14. Tanggungjawab menyediakan perumahan yang selamat, kondusif dan selesa tidak pernah diabaikan. Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di setiap rancangan perumahan. Sebanyak RM9.9 juta telah diperuntukan untuk menaiktaraf 14 Rancangan Perumahan yang melibatkan antaranya Rancangan Perumahan Padang Tembak, Taman Tun Sardon, Kampung Melayu dan Taman Tun Dr. Awang. Usaha pembaikan ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf melalui penukaran paip-paip najis, paip air dan pendawaian semula eletrik.

15. Selain daripada itu, satu Garis Panduan Penempatan Sementara Mangsa-mangsa Kes-kes Kecemasan telah diwujudkan bertujuan menempatkan mangsa kes-kes berkenaan seperti kebakaran dan banjir yang menyebabkan kemusnahan tempat tinggal mereka. Mangsa-mangsa yang telah dikenal pasti akan dipindahkan ke rumah-rumah sewa Projek Perumahan Rakyat. Penempatan sementara ini adalah bagi tempoh 6 bulan bertujuan membantu meringankan beban mangsa sementara mereka mencari tempat tinggal yang baru.

16. Akhir kata, saya berharap dengan pelantikan baru ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam mentransformasikan Negeri Pulau Pinang ke arah negeri yang bertaraf antarabangsa. Sediakanlah perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan kepada rakyat selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri yang ditadbir berlandaskan prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan), AccountabilityTransparency (Ketelusan). (Akauntabiliti) dan

Sekian, terima kasih.

Program Seminar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang


Seminar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas SPU








TENTATIF PROGRAM SEMINAR AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1431H / 2010M
8.00 pagi - 8.30 pagiPendaftaran Peserta / Minum Pagi
8.30 pagi -10.30 pagiSesi 1: Al-Quran dan Sains
  • Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman
    Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM
    Tajuk : Nuklear
  • Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz
    Pensyarah Pusat Pengajian Fizik, USM
    Tajuk : Astronomi
  • Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan
    Pakar Perubatan
    Tajuk : Perubatan

    Moderator : Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah
    (AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang / USM)


11.00 pagi -1.00 tgh.
Sesi 2: Al-Quran dan Ekonomi
  • Prof. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim
    Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM
    Tajuk : Industri Halal
  • Prof. Madya Zakaria bin Man
    Timbalan Rektor, KUIN
    Tajuk : Zakat dan Wakaf
  • Dr. Aznan bin Hassan
    Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM
    Tajuk : Perbankan Islam

    Moderator : Tuan Haji Norzli bin Mat
    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
1.00 tgh. - 2.30 ptg.Makan Tengahari / Solat Zohor


2.30 ptg. - 4.30 ptg.
Sesi 3: Al-Quran dan Masyarakat
  • Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
    Presiden Dar al Hikmah, Kajang, Selangor
    Tajuk : Kepimpinan
  • Dr. Badrolamin Bahron
    Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
    Tajuk : Keadilan
  • Tuan Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar
    Peguam Syarie
    Tajuk : Undang-undang

    Moderator : Tuan Haji Rosli bin Othman
    (AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang)
4.30 ptg. - 5.00 ptg.Pelancaran Ramadhan di Gaza
  • Ucapan oleh : En. Azmi bin Abdul Hamid
    Presiden TERAS
  • Ucapan Penutup oleh :
    Y.B Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim,
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO),
    Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
Related Posts with Thumbnails